jadual

jadual

Monday, July 4, 2011

LAWATAN KAMI KE MELAKA.

    Pada hari Sabtu  yang lalu, sekolah kami telah mengadakan lawatan sambil belajar di MRSM dan sekitar Bandar Melaka. Seramai 41 orang murid telah menyertainya.

    

     Pada pukul 7:20 pagi, kami menunggu rakan-rakan di sekolah. Sementara itu, kami diberi empat kumpulan . Selepas itu , kami terus berjalan kaki untuk pergi ke perhentian bas. 


               Kami terus bertolak ke MRSM. Disana kami di sambut oleh  guru dan pelajar-pelajar di MRSM.kami  di layan dengan begitu mesra.

         Disana,kami menyertai pelbagai aktiviti. Selepas pukul   12:30 tengah hari, kami terus bertolak pergi ke masjid, untuk menunaikan solat zuhur. Kemudian,kami pergi ke planetarium. Disana, kami melihat video.  Kami melihat video tentang  bumi,bulan dan matahari.

             
      Selepas kami menonton video di planetarium, kami terus bertolak pergi  ke  Zoo Melaka, kami diberi  tiket  untuk masuk ke dalam Zoo. Selepas  habis melihat haiwan, kami   di beri kuiz untuk mendapat   KFC free.Ramai juga murid  yang menjawab.


       Pada pukul 6:30 petang,  kami balik dari Zoo.Kami terus pergi ke  KFC. Selepas itu, cikgu menyuruh  kami menunai solat asar di masjid  berdekatan di  KFC.  Selepas itu, kami terus balik.


       Kami begitu gembira sekali kerana dapat melihat  MRSM dan melawat sekitar   Melaka. Kami juga sedih kerana tidak dapat melawat  Dataran  Merdeka dan  Taming  Sari. Kami berharap akan dapat pergi di tempat – tempat yang lebih menarik lagi.              
                          


       

         

No comments:

Post a Comment