sedh sngt hati dengan markah sains tahun 4...jawab macam tidak pernah diajar...adakah aki yang tidak panadai mengajar...adakah aku tidak layak jadi gurur...adakah pendekatan yang diguanakn tidak betul..apa lagi yanh haris aku lakuakn,,,,aku dah buat yag terbaik namun markah masih lagi teruk dan bertambah teruk unutuk ujian kali ini.........
apakah kaedah yang seduai...adakah aku tidak cukup ikhlas dalam mengajar..akura sa aku sudah cukup ikhlas dalam menyampaikan opengajaran....
bersabarla...berusahala untuk ke arah yang lebih baik.....
jadual
Saturday, July 30, 2011
Monday, July 4, 2011
LAWATAN KAMI KE MELAKA.
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah kami telah mengadakan lawatan sambil belajar di MRSM dan sekitar Bandar Melaka. Seramai 41 orang murid telah menyertainya.
Pada pukul 7:20 pagi, kami menunggu rakan-rakan di sekolah. Sementara itu, kami diberi empat kumpulan . Selepas itu , kami terus berjalan kaki untuk pergi ke perhentian bas.
Kami terus bertolak ke MRSM. Disana kami di sambut oleh guru dan pelajar-pelajar di MRSM.kami di layan dengan begitu mesra.
Disana,kami menyertai pelbagai aktiviti. Selepas pukul 12:30 tengah hari, kami terus bertolak pergi ke masjid, untuk menunaikan solat zuhur. Kemudian,kami pergi ke planetarium. Disana, kami melihat video. Kami melihat video tentang bumi,bulan dan matahari.
Selepas kami menonton video di planetarium, kami terus bertolak pergi ke Zoo Melaka, kami diberi tiket untuk masuk ke dalam Zoo. Selepas habis melihat haiwan, kami di beri kuiz untuk mendapat KFC free.Ramai juga murid yang menjawab.
Pada pukul 6:30 petang, kami balik dari Zoo.Kami terus pergi ke KFC. Selepas itu, cikgu menyuruh kami menunai solat asar di masjid berdekatan di KFC. Selepas itu, kami terus balik.
Kami begitu gembira sekali kerana dapat melihat MRSM dan melawat sekitar Melaka. Kami juga sedih kerana tidak dapat melawat Dataran Merdeka dan Taming Sari. Kami berharap akan dapat pergi di tempat – tempat yang lebih menarik lagi.
LAWATAN SAYA KE MELAKA.
Pada hari Sabtu yang lepas saya dan sekolah saya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke MRSM ALOR GAJAH.
Selepas itu cikgu memberi taklimat kepada kami sebelum bertolak.Setelah kami di beri taklimat kami terus menaiki bas.
Pemandangan di sana sungguh cantik .
Setelah sampai di MRSM, kami berkenalan dengan abang dan kakak yang berada di MRSM.Kami di beri taklimat oleh abang dan kakkak di MRSM.Kami di beri kepada empat kumpulan.Kami di bawa melawat sekitar MRSM.
/ Setelah melawat sekitar MRSM kami diberi makan tengah hari.Selepas makan tengah hari kami di beri penghargaan.kami mengambil gambar untuk di jadikan kenangan.Selepas itu kami bertolak ke planet terium melaka. Setelah kami masuk ke planet terium,kami memasuki panggung wayang. Kami melihat planet-planet dan kami melihat fenomena itu berlaku.
Setelah kami keluar dari planet terium melaka, kami singgah zoo melaka untuk melihat haiwan di zoo melaka. Selepas itu kami melihat haiwan seperti harimau,gajah,zirafah,buaya, kura-kura dan lain-lain.
Selepas itu kami membeli cenderahati untuk di bawa pulang.
Selepas itu kami singgah di KFC cikgu membelikan kami KFC .
Selepas itu kami solat asar di masjid berhampiran dengan KFC.
Selepas menunaikan solat asar,kami terus pulang ke rumah.
Subscribe to:
Comments (Atom)