Mulanya kisah pada 4 mac 2011 iaitu hari isnin. Pada 4-7 Mac aku telah mengiringi pasukan olahraga ke sek men keb undang rembau. Sekolah telah memnangi 2 pingat (pingat perak dan juga tempat keenam) dalam acara berjalan kaki. Pada hari Rabu, hujan telah turun dengan begitu lebatnya sehingga menyebabkan demam dan murid-murid yang menyertai olahraga juga turut mengalami demam.
Pada hari Jumaat, 8 Mac, aku telah mengambil cuti sakit kerana demam. Setelah hujung minggu, walaupun demam masih ada, namun aku gagahkan juga untuk ke sekolah pada hari Isnin memandngkan banyak pelajran yang sudah tertinggal. Namun, demam aku kembali lagi...aku ke klinik dan mendapat cuti sakit hari isnin dan telah dinasihatkan untuk ambil darah pada hari selasa...
Aku kembali ke klinik kesihatan pada hari selasa untuk ujian darah kali ke-2..namun, aku tidak bernaseb baek, aku telah disuspect denggi dan terpaksa dihantar ke hospital Tampin menaiki ambulans pada petang itu juga. Sebelum sampai di sana, aku dimasukkan 3 botol air garam..
Apabila sampai di hospital tampin, darah aku diambil lagi untuk diuji walaupun sudah lebam dibuatnya..sedang menanti ujian darah, aku berjumpa dengan murid aku yang juga demam dan terpaksa dimasukkan air.
Kemudian aku telah disahkan denggi oleh doktor...terpaksalah aku menginap di hospital tampin untuk berapa ketika...sepanjang di hospital, sebanyak 8 botol air telah dimasukkan...sungguh seksa keadaan tangan dimasukkan air..
Sepanjang di hospital, ramai yang datang melawat. Antaranya kak arni, kak pah, kak aishah, ustazah khamsiah, cikgu zul, cikgu nordin, pak cik karim, cikgu mislah, kak, abang ipar dan ibunya...sungguh terharu aku dibuatnya takkala ibu bapa di kejauhan...
Pengalaman pertama di hospital amatlah berharga. Bila di hospital, aku sedar tugas seorang jururawat adalah sangat mulia...tanpa penat dan jemu melayan kerenah pesakit..
Namun, perkhidmatan di hospital tersebut adalah amat baik, makanannya juga baik, persekitaran yang agak selesa...
Semoga ini akan menjadi pengalaman kepada aku dan semoga perkara seperti ini tidak akan berulang lagi..cukuplah sekali aku dimasukkan ke hospital.....tiada edes, tadalah denggi!!!!
No comments:
Post a Comment